Nak Tulis Apa Ni? Aku Tak Tahu Nak Cakap Apa!

Ini perkara yang selalu keluar bila kita tiada arah. Bila duduk depan prospek atau mula buka laptop untuk buat penulisan, tiba-tiba otak jadi kosong.

Sebab apa? Sebab kita selalu fikir pasal apa yang kita nak cakap, bukannya apa yang pelanggan nak dengar.

Semua ini bermula dengan 1 syarat [PENTING].

Anda wajib KENAL siapa pelanggan anda, iaitu individu spesifik yang anda yakin boleh bantu.

Adakah anda benar-benar faham tentang mereka?

Bukan kenal secara peribadi, tetapi faham tentang niche (pasaran khusus) mereka serta masalah kritikal yang mereka hadapi.

Jika anda nak bina rapport yang kuat. Sama ada melalui penulisan mahupun sembang secara berdepan, anda perlukan “profiling

Ini 9 soalan diagnosis yang wajib anda jawab untuk menyelami fikiran pelanggan anda:

9 Soalan Diagnosis & Profiling Prospek

1. Apa isu yang buatkan mereka sampai tak boleh tidur lena, sesak dada, mata terkebil-kebil pandang siling memikirkan masalah?

2. Apa ketakutan terbesar mereka?

3. Apa yang buatkan mereka marah, dan kepada siapakah kemarahan itu ditujukan?

4. Apakah 3 perkara yang mengecewakan, yang mereka terpaksa hadap setiap hari?

5. Apakah trend semasa dan masa depan yang sedang dan bakal berlaku dalam perniagaan atau kehidupan mereka?

6. Apa keinginan paling ekstrem yang mereka inginkan secara rahsia?

7. Adakah terdapat bias (kecenderungan) tertentu dalam cara mereka membuat keputusan?

8. Siapa lagi pesaing yang menjual sesuatu yang serupa kepada mereka, dan bagaimana strateginya?

9. Siapa yang pernah cuba menjual sesuatu yang serupa kepada mereka sebelum ini, dan bagaimana usaha tersebut gagal?

    Kalau anda nak belajar cara kenal pasti masalah sebenar prospek! biar setiap kali anda menulis atau bersembang, mereka rasa macam anda sedang membaca fikiran mereka wasap saya ya.

    Kita borak santai untuk tengok celah mana yang boleh kita baiki dalam strategi jualan anda sekarang.