Anda Dah Gerak ke Mana Hari INi?

A

Dunia ni tak pernah duduk diam. Walaupun anda rasa tak bergerak, hakikatnya tetap ada perubahan sebab dunia di luar sana laju. Sama ada anda sedar atau tak, benda-benda di sekeliling sentiasa bergerak.

Tapi, bila kita bercakap tentang kemajuan, perkara pertama yang ramai orang fikir aku ni cepat ke lambat?

Ada yang rasa lambat sangat, ada pula yang stress tengok orang lain laju je potong jalan.

Tapi, tahu tak, yang patut anda tanya sebenarnya bukan cepat ke lambat?

Tapi lebih kepada, Arah aku ni betul ke tak?

Sebab kalau anda lari laju gila tapi tersalah jalan, akhirnya anda cuma penat sampai ke tempat yang tak diingini. Lagi frust. Yang lebih penting sebenarnya adalah tahu ke mana nak pergi dulu. Selepas itu, laju atau perlahan tak jadi isu besar.

Buat perancangan sebelum anda betul-betul fight. Biar jelas !!

Kalau buat kerja tanpa perancangan, hasilnya boleh jadi tak ke mana. Macam main bola tapi tak tahu mana gol. Boleh main, boleh lari-lari, tapi takkan menang.

Jadi, jangan risau sangat kalau rasa anda lambat berbanding orang lain. Soalan paling penting Anda dah bergerak ke arah yang betul atau belum?

Berhenti sekejap. Tengok balik waze . Kalau dah betul jalan, teruskan. Laju atau perlahan tu cuma soal masa.

Sebab bila arah anda betul, masa depan dah pun menunggu.

About the author

Add Comment

By Sofar

Tentang Sofar Ahmad?

Apa yang saya kongsi di blog ini datang dari pengalaman sendiri — ada yang menjadi, ada yang tidak ! . Saya percaya kita semua ada potensi masing-masing, cuma kadang-kadang perlu sedikit panduan untuk nampak lebih jelas. Saya bukanlah pakar motivasi, tapi kalau ada apa yang saya lalui boleh beri manfaat pada orang lain, saya rasa itu dah cukup bermakna.

Apa Yang Saya Lakukan Sekarang?

klik link ini : https://shorturl.at/nVWAs