Anda Mahu Berjaya? Anda Perlu Ketahui Satu Rahsia Ini …..

BERJAYA! Semua diantara kita mahukan kejayaan.

Tidak ada seorang pun yang mahukan kegagalan.

Namun untuk berjaya tiada jalan mudah sebaliknya satu rahsia dari perkataan keramat ini yang mampu membantu anda untuk Berjaya.

Apabila menyebut perkataan berjaya, apa yang terlintas di fikiran anda?

Sekiranya anda pelajar, adakah dengan mendapat A untuk semua subjek peperiksaan merupakan bukti anda berjaya?

Sekiranya anda pekerja, adakah dengan dapat naik pangkat, atau mampu memiliki rumah, kereta, atau aset yang sewajarnya merupakan tanda kejayaan anda?

Lain orang, maka lain habuan mereka.

Berjaya menuntut kita supaya menjadi orang yang bersyukur apa adanya.

Berjaya merupakan pemangkin untuk kita menolak diri kita ke hadapan untuk mencuba sesuatu yang baru, yang belum pernah kita ceburi sebelum ini.

Inilah dia, Si Berjaya itu !

Ya, sekiranya anda statik pada suatu kedudukan yang mungkin mengambil masa yang lama untuk mengubah posisi anda, sekalipun kecil anjakan yang anda lakukan, itulah kejayaan bagi anda.

Setuju atau tidak?

Cara terbaik untuk mencapai kejayaan adalah mendefinisikan kejayaan itu sendiri mengikut kemampuan kita.

Bukan hanya berbekalkan perasaan cemburu dan iri hati dengan orang lain menyebabkan kita meletakkan target untuk menjadi seperti sesorang itu.

Jadi diri sendiri lebih baik dari menjadi orang lain.

Hanya kita tahu potensi diri sendiri, kemampuan diri kita sendiri dan berusahalah kearah itu.

Dan untuk ini anda perlu ketahui Satu Rahsia Ini, iaitu “TINDAKAN”

Bolehkah anda menggapai kejayaan tanpa ada apa apa tindakan ?

Untuk Berjaya kita harus memulakan dengan Impian hidup yang jelas diikuti dengan Tindakan.

Contohnya,anda memasang impian untuk berjaya, tetapi itu hanya impian dan anda tidak bertindak untuk mendapatkan apa yang anda impikan itu, bolehkah anda berjaya dan dapat mencapai impian tersebut??

TIDAK SAMA SEKALI

Jadi untuk berjaya dalam apa jua yang anda impikan serta mahukan, anda harus bertindak.

Jika anda mahu memasang impian mempunyai perniagaan yang hebat.

Anda harus bertindak dengan mengambil seberapa banyak ilmu, bertemu dengan mereka yang boleh membantu anda, seterusnya anda harus membuat perancangan teliti serta mengguna pakai kaedah terbaik untuk menjalankan perniagaan.

Begitu juga dengan teknik pemasaran yang anda mahu gunakan bagi mempromosikan barangan jualan anda, segalanya memerlukan tindakan.

Tanpa tindakan anda sudah pasti tidak akan kemana mana dan hanya akan berjaya memasang impian tanpa dapat mencapainya.

Sesungguhnya nilai dari suatu perbuatan tergantung dari niat yang dimiliki.

Niat disini bukanlah sekadar maksud untuk apa kita melakukan, itu barulah tahap atau level niat yang paling rendah.

Niat sesungguhnya memiliki makna yang lebih luas lagi.

Itulah yang harus kita sedari, bahwa niat bukan sekadar maksud

Niat adalah motivasi

Niat adalah tujuan

Niat adalah impian

Niat adalah cita-cita

Niat adalah hasil akhir yang kita inginkan

Kita harus bertindak untuk mencapai impian yang jelas.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membuka mata anda untuk memulakan tindakan untuk setiap impian yang anda niatkan.

Semoga membantu anda menggapai kejayaan.

Leave a Comment