Apa Nak Buat Bila Rasa Tak Bersemangat!

Okay, cuba kita lihat sekejap.

Adakah anda rasa macam stuck?

Macam semua benda tak jalan.

Jadi, apa sebenarnya yang buat anda rasa macam ni?

Ini penting untuk difikirkan.

Bila anda tahu kenapa, barulah boleh cari jalan keluar.

Mungkin ada sesuatu yang anda takut nak hadapi.

Mungkin ada perkara yang anda tahu anda perlu buat, tapi anda tangguh-tangguhkan sebab benci sangat dengan tugas tu.

Atau, mungkin anda rasa tak sihat – kurang tidur, makan tak menentu, atau dah lama tak bersenam.

Mungkin juga anda baru lepas sembuh dari sakit dan badan masih rasa lemah.

Atau mungkin, anda rasa macam kurang yakin.

Anda takut untuk melangkah keluar dari zon selesa dan cuba sesuatu yang baru.

Apa agaknya yang buat anda rasa macam tu?

Atau mungkin… anda dah sampai bahagian “tengah” projek.

Permulaan tu memang seronok, kan?

Banyak idea, banyak semangat.

Tapi sekarang, anda dah di tengah jalan – bukan awal sangat, bukan hujung sangat.

Bahagian ni memang selalu rasa berat.

Jadi, macam mana anda nak hadapi bahagian yang mencabar ni?

Macam Mana Kalau Anda Jadikan Tugas Yang Paling Dibenci Tu Keutamaan Dulu?

Anda ada tugas yang betul-betul anda tak suka?

Apa jadi kalau anda jadikan ia perkara pertama yang anda selesaikan?

Contohnya, kalau anda nak mula senaman pagi, macam mana kalau awak letak pakaian sukan dekat tepi katil?

Jadi, bila anda buka mata, benda pertama yang anda nampak adalah pakaian sukan tu.

Atau, apa yang akan terjadi kalau anda whatsapp member baik anda dan buat janji nak jumpa kat gim?

Ada “member baik” ni, mungkin akan buat awak lebih bersemangat.

Apa yang akan berubah kalau ada seseorang yang boleh tolong pastikan anda buat apa yang anda rancang?

Bagaimana Kalau Anda Jaga Badan Anda Dengan Lebih Baik?

Ada tak hari-hari yang anda rasa badan anda hanya nak rehat?

Atau mungkin ada hari-hari di mana badan anda perlu bergerak, perlu keluarkan peluh?

Apa yang akan berubah kalau anda keluar dari pejabat dan dapat udara segar sikit?

Fikirkan balik tabiat anda sejak kebelakangan ini.

Dah cukup tidur?

Makan makanan yang sihat atau makan ikut suka hati?

Pernahkan anda terfikir untuk mengamalkan produk suplemen secara berdisplin?

Cuba anda tanya pada diri sendiri, apa agaknya kesan semua ini pada perasaan anda?

Macam mana kalau anda mula jaga badan dengan lebih baik – apa yang awak rasa akan berlaku?

Apa Yang Membuatkan Anda Ragu Dengan Diri Sendiri?

Adakah anda sedang berhadapan dengan fikiran negatif?

Ada tak komen atau kejadian baru-baru ini yang mengganggu fikiran anda?

Mungkin anda asyik membandingkan diri dengan orang lain?

Cuba fikir, apa yang anda boleh katakan pada diri sendiri sekarang untuk rasa lebih baik?

Kalau anda berikan diri anda sedikit pujian, atau buat sesuatu yang anda suka – apa perbezaan yang akan terjadi?

Apa Yang Akan Terjadi Kalau Anda Teruskan Sahaja?

Bila anda mula nak capai sesuatu yang besar, awal-awal tu memang semangat berkobar-kobar.

Semua nampak cerah.

Dan bila dah hampir sampai, semangat pun senang datang balik.

Garisan penamat tu nampak, jadi anda ada motivasi untuk teruskan sampai habis.

Tapi bila di tengah-tengah perjalanan… ha, bahagian ni yang paling mencabar.

Semua yang nampak mudah tu dah jadi sukar.

Semangat mula pudar, dan garisan penamat pun jauh lagi.

Anda mula sedar, “Oh, banyak lagi rupanya yang perlu buat.”

Apa yang akan terjadi kalau anda bertahan sikit lagi?

Macam mana kalau anda lihat bahagian tengah ni sebagai ujian kepada anda untuk jadi lebih kuat dan hebat?

Apa yang anda boleh belajar tentang diri anda sekarang?

Nak tahu lebih banyak cara untuk keluar dari rasa tersekat?

Terus follow blog saya , dan semoga penulisan saya bermanfaat ya !

Leave a Comment