Kita selalu rasa ada sesuatu yang menghalang kita untuk maju. Tapi apa sebenarnya? Bukan orang lain, bukan ekonomi, bukan juga peluang. Kadang-kadang, penghalang terbesar adalah kita sendiri.
Jadi, apa yang sebenarnya menahan kita? Ini jawapannya ;
1. Anda Tunggu Waktu ‘Sempurna’
Hakikatnya, waktu sempurna tak wujud. Kalau anda tunggu bulan jatuh keriba , anda akan tunggu selama-lamanya. Berhenti tunggu dan mula buat sesuatu. Hari ni adalah waktu terbaik untuk mula.
2. Anda Lebih Fokus Pada Apa Yang Salah
Bila kita asyik cari kekurangan, memang itulah yang kita akan jumpa. Fokus pada apa yang boleh diusahakan, bukan apa yang tak ada.
3. Anda Mahu Semua Orang Suka Anda
Kenyataan pahit: anda tak boleh puaskan hati semua orang. Dan percayalah, anda tak perlu pun. Fokus pada orang yang betul-betul penting dalam perjalanan anda.
4. Anda Takut Dikecewakan
Rasa takut tu normal, tapi jangan biar ia menguasai. Cuba fikir, apa lebih teruk, kecewa sebab gagal, atau kecewa sebab tak pernah cuba?
5. Anda Sibuk dengan ‘Kesibukan’
Buat banyak benda tak semestinya buat perkara penting. Lihat semula jadual harian anda. Apa sebenarnya yang bawa anda lebih dekat dengan matlamat?
6. Anda Mengikut Arus Tanpa Soalan
Kadang-kadang kita terlalu sibuk ikut cara orang lain sampai lupa tanya, “Adakah ini cara yang betul untuk aku?” Jadi, berhenti sekejap. Tanyakan soalan besar itu.
7. Anda Tak Jelas Apa yang Anda Mahu
Nak berjaya tapi tak tahu apa definisi kejayaan anda? Kalau matlamat anda kabur, perjalanan anda pun akan kabur. Jelas dulu, baru bertindak.
8. Anda Tak ‘Berlari’ Sepenuh Hati
Setengah jalan takkan bawa anda ke mana-mana. Kalau nak hasil yang luar biasa, anda kena usaha lebih luar biasa. Get Crazy To Get There !
Sebenarnya, kunci kejayaan bukanlah tentang rahsia besar. Ia tentang berani jujur dengan diri sendiri, tentang perkara-perkara kecil yang kita biarkan memegang kita.
Jadi, hari ni, tanya diri anda, apa langkah pertama yang boleh anda buat untuk lepaskan penghalang itu? Anda dah tahu sebabnya. Sekarang, tindakan adalah milik anda.