Kalau Anda Rasa Tersekat Dan Tak Tahu Nak Buat Apa!

Pernah tak rasa macam hidup ni seperti katak dibawah tempurung?

Seolah-olah segala-galanya sama sahaja setiap hari, macam tak ada perubahan atau kemajuan.

Anda bangun pagi, pergi kerja, balik rumah, dan ulang perkara yang sama esoknya.

Anda pernah tengok ikan emas dalam balang, tak?

mundar mandir , hah macam tu lah rupanya, kan!

Sebenarnya, ramai daripada kita terperangkap dalam ‘tempurung’ yang sama.

Kita selesa dengan rutin yang dah biasa.

Kita rasa selamat dalam lingkungan yang kita kenal.

Tapi, persoalannya, adakah ini yang anda mahukan untuk sepanjang hidup anda?

Jika jawapannya tidak, ini masanya untuk anda cabar diri keluar dari ‘tempurung’ tu.

Cabar diri untuk berani mencuba sesuatu yang baru.

Mungkin anda perlu mencari peluang untuk bergaul dengan orang yang berlainan latar belakang, yang mungkin boleh memberikan perspektif baru tentang kehidupan.

Bayangkan, kalau anda hanya duduk dalam zon selesa, bila lagi nak berkembang?

Bila lagi nak capai impian besar yang anda simpan selama ini?

Kalau kita tak bersedia berubah, kita hanya akan dapat apa yang biasa kita dapat.

Saya ada satu cabaran kepada anda

Saya cabar anda hari ini, untuk mula meluaskan lingkungan sosial anda.

Cari kawan-kawan baru yang mempunyai pandangan berbeza.

Orang yang boleh mencabar cara anda berfikir, yang boleh menolak anda keluar dari kebiasaan.

Mungkin pada mulanya anda rasa janggal, tapi percayalah, hasilnya akan sangat berbaloi.

Anda akan dapati, dengan membuka diri kepada pengalaman dan pergaulan baru, anda akan mula melihat dunia dengan perspektif yang lebih luas.

Anda akan mula nampak peluang yang sebelum ini tersembunyi, dan hidup anda akan mula berubah.

Jadi, kenapa tunggu lagi?

Mulakan langkah pertama anda hari ini.

Keluar dari ‘tempurung’ yang mengurung anda selama ini, dan anda akan dapati dunia di luar sana jauh lebih menarik dan penuh dengan peluang.

owh kalau anda tak tahu nak mulakan daripada mana , saya ada cadangan, terus klik link di bawah …..

Join komuniti business saya

Tak Payah Layan Orang Yang Mengutuk Anda

Kita semua pernah kena, kan?

Anda tengah fokus buat bisnes, berusaha keras, tiba-tiba ada orang yang tak ada kerja lain selain mengutuk.

Nak layan? Serius, tak berbaloi.

Fikirkan ini: Anda tengah pecut laju dengan bisnes anda, nak capai target besar.

Ada orang mengutuk “Hei, kau buat bisnes zaman dinosour lah ” atau “asyik buat jual produk ja! tak kaya jugak”

Kalau anda berhenti untuk jawab mereka, siapa yang rugi?

Anda yang rugi, bos!

Masa itu emas, boleh guna untuk buat sales, jumpa pelanggan, atau upgrade produk habis sebab nak layan drama.

Jadi, apa langkah terbaik?

Senyum je, angkat tangan macam superstar, dan teruskan perjalanan.

Orang yang suka mengata ni tak lebih dari ‘background noise’.

Dia tak bagi sales, tak bagi idea baru, dan confirm tak tolong bayar bil.

Lepas tu, tanya diri anda: “Apa sebenarnya yang penting untuk bisnes aku sekarang?” Fokus pada tu.

Jangan biarkan kritikan kosong tu ubah fokus anda.

Bisnes bukan tentang menang argument dengan haters, tapi tentang deliver value, dapatkan pelanggan puas hati, dan buat untung.

So, kalau mereka nak kutuk, biar je.

Anda terus maju ke depan, sebab kejayaan tak datang dari layan orang negatif — kejayaan datang dari buat kerja dengan penuh fokus dan semangat.

Ingat, dalam bisnes, tak semua orang akan suka cara anda.

Tapi yang penting, adakah cara anda tu bawa hasil?

Kalau ya, keep going. Kritikan tu, biar tinggal di belakang, macam pengutuknya.

Anda? Anda terus ke depan, capai apa yang penting.