Cara Kita Melihat Dalam Perspektif Berbeza

Kita adalah apa yang kita fikir.

Bisnes yang bagus adalah bisnes yang dijalankan, bukan sekadar kata-kata yang diucapkan di mulut sahaja tanpa tindakan.

Jika tiada tindakan, maka tiadalah hasil.

Dalam melakukan perubahan, memang akan datang pelbagai dugaan.

Tetapi lihatlah dalam perspektif berbeza.

Sedikit perkongsian yang saya nak kongsikan dengan menjadikan perniagaan emas yang berjaya adalah dengan melihat perspektif berbeza dengan orang lain.

Ia bermaksud anda perlu memberi penerangan yang jelas kepada bakal pelanggan anda.

Teruskan berkongsi ilmu pengetahuan tentang emas, kebaikan emas, dan pelbagai lagi.

Tapi, bukan sebagai seorang peniaga, tetapi sebagai seorang kawan supaya kita lebih dipercayai.

Kepercayaan itu bukan dibina dalam masa sehari sahaja ya!

Memikirkan keuntungan semata-mata tidak menjamin motivasi anda.

Anda perlu fikir luar dari kotak.

Sudah pasti, pasang surut dalam perniagaan sememangnya ada.

Fikirkan bahawa kali pertama anda mendapat gaji menjadi seorang peniaga emas, itulah semangatnya.

Jika tiada hari semalam, maka tiadalah hari ini. 

Memang tidak akan kaya dengan berniaga emas.

Tetapi rezeki cukup makan dan sihat tubuh badan itu adalah anugerah yang tiada nilai gantinya.

Yang penting, kongsikan cerita anda dengan menyimpan emas dengan harapan masyarakat tahu bernilainya emas sebagai simpanan alternatif.

Leave a Comment