Esok Saya Naik Pentas – MITEC, Kuala Lumpur: Dari Berdebar Jadi Semangat

E

Esok saya akan berdiri atas pentas depan 2000 orang kat MITEC, Kuala Lumpur.

2000 orang! Macam satu kampung tengah tengok kita, kan? Berdebar memang ada. Rasa macam dah lama tak bercakap depan orang ramai. Tapi, inilah benda yang kena buat kalau nak grow — keluar dari comfort zone. Comfort zone tu memang best, tapi tak ada apa yang menarik pun kat situ.

Seminggu lebih saya siapkan teks ucapan. Kadang-kadang rasa macam terlebih serius nak perfect sangat , potong ayat sini, tambah sana. Harap esok saya dapat sampaikan mesej dengan jelas, tanpa tersasul. Bukan nak jadi orang paling pandai bercakap, tapi saya nak pastikan apa yang saya nak sampaikan tu sampai ke hati mereka.

Kejayaan saya sebagai Sales Master ni bukan sebab saya sorang. Kalau saya sorang je yang push, tak kemana. Kejayaan ni adalah hasil kepercayaan rakan-rakan team Atomy saya. Mereka percaya pada platform ni, dan lebih penting, percaya dengan diri mereka sendiri. Macam saya cakap pada mereka: “Platform ni kukuh, tapi kalau kita tak bergerak, tak ada apa yang akan berubah.”

Saya join Atomy pada 31 Ogos 2024 — bulan kemerdekaan negara, tapi saya sendiri belum ‘merdeka’ Ya, hampir 10 bulan sebelum ini saya tak buat apa-apa , lebih menunggu daripada bertindak , hanya berbisik pada hati dan berdoa, inshaAllah akan ada bisnes yang lebih baik daripada sebelum ini, sabarlah 4 tahun bina bisnes sebelum ini, tiba tiba tsunami – itu pelajaran Allah dah tentukan untuk untuk hambaNya . Sambung balik cerita pasal Merdeka ni, bukan pasal kibarkan bendera je, tapi pasal kebebasan diri—dari segi masa, kewangan, dan yang paling penting, pilihan. Saya belum sampai sana lagi, tapi saya tahu, langkah pertama dah saya ambil.

Bila HQ Atomy call saya untuk buat sharing, jujurnya saya rasa, “Eh, aku ready ke?” Macam biasa, rasa tak cukup bagus, tak cukup ilmu. Tapi kalau asyik tunggu ‘cukup bagus,’ kita takkan buat apa-apa. So, saya anggap ini peluang—peluang untuk berkongsi dan, mungkin, boleh bagi motivasi pada orang lain yang masih ragu-ragu dengan perjalanan mereka sendiri.

Satu benda yang saya belajar: orang boleh cakap apa je pasal kita. Tapi kalau kita sendiri yang tak percaya kita boleh, itu dah game over. Macam bawa kereta, kalau kita sendiri tak yakin jalan tu betul, kita takkan sampai mana-mana.

Esok, harapnya saya tak tersasul masa bercakap (tapi kalau tersasul pun, buat lawak sikit). Saya nak pastikan apa yang saya nak kongsi boleh bantu orang lain nampak potensi dalam diri mereka. Kalau saya boleh mulakan perjalanan ni, saya yakin, orang lain pun boleh.

Bagi saya, kita ni kena berani buat salah kalau nak berjaya. Kalau takut salah, sampai bila-bila kita tak bergerak. So, esok, saya akan naik pentas, pegang mic, dan bagi yang terbaik. Bukan sebab saya perfect, tapi sebab saya tahu—kita takkan jadi hebat kalau tak pernah buat kesilapan dulu.

P/S: kalau anda rasa takut nak cuba sesuatu yang baru, ingat satu perkara: Rasa takut tu normal. Tapi jangan biarkan takut jadi alasan untuk tak buat apa-apa.

Selesai Rehearsel 5pm 25/10/2024

About the author

Add Comment

By Sofar

Tentang Sofar Ahmad?

Apa yang saya kongsi di blog ini datang dari pengalaman sendiri — ada yang menjadi, ada yang tidak ! . Saya percaya kita semua ada potensi masing-masing, cuma kadang-kadang perlu sedikit panduan untuk nampak lebih jelas. Saya bukanlah pakar motivasi, tapi kalau ada apa yang saya lalui boleh beri manfaat pada orang lain, saya rasa itu dah cukup bermakna.

Apa Yang Saya Lakukan Sekarang?

klik link ini : https://shorturl.at/nVWAs