Kalau Anda Rasa Tersekat Dan Tak Tahu Nak Buat Apa!

Pernah tak rasa macam hidup ni seperti katak dibawah tempurung?

Seolah-olah segala-galanya sama sahaja setiap hari, macam tak ada perubahan atau kemajuan.

Anda bangun pagi, pergi kerja, balik rumah, dan ulang perkara yang sama esoknya.

Anda pernah tengok ikan emas dalam balang, tak?

mundar mandir , hah macam tu lah rupanya, kan!

Sebenarnya, ramai daripada kita terperangkap dalam ‘tempurung’ yang sama.

Kita selesa dengan rutin yang dah biasa.

Kita rasa selamat dalam lingkungan yang kita kenal.

Tapi, persoalannya, adakah ini yang anda mahukan untuk sepanjang hidup anda?

Jika jawapannya tidak, ini masanya untuk anda cabar diri keluar dari ‘tempurung’ tu.

Cabar diri untuk berani mencuba sesuatu yang baru.

Mungkin anda perlu mencari peluang untuk bergaul dengan orang yang berlainan latar belakang, yang mungkin boleh memberikan perspektif baru tentang kehidupan.

Bayangkan, kalau anda hanya duduk dalam zon selesa, bila lagi nak berkembang?

Bila lagi nak capai impian besar yang anda simpan selama ini?

Kalau kita tak bersedia berubah, kita hanya akan dapat apa yang biasa kita dapat.

Saya ada satu cabaran kepada anda

Saya cabar anda hari ini, untuk mula meluaskan lingkungan sosial anda.

Cari kawan-kawan baru yang mempunyai pandangan berbeza.

Orang yang boleh mencabar cara anda berfikir, yang boleh menolak anda keluar dari kebiasaan.

Mungkin pada mulanya anda rasa janggal, tapi percayalah, hasilnya akan sangat berbaloi.

Anda akan dapati, dengan membuka diri kepada pengalaman dan pergaulan baru, anda akan mula melihat dunia dengan perspektif yang lebih luas.

Anda akan mula nampak peluang yang sebelum ini tersembunyi, dan hidup anda akan mula berubah.

Jadi, kenapa tunggu lagi?

Mulakan langkah pertama anda hari ini.

Keluar dari ‘tempurung’ yang mengurung anda selama ini, dan anda akan dapati dunia di luar sana jauh lebih menarik dan penuh dengan peluang.

owh kalau anda tak tahu nak mulakan daripada mana , saya ada cadangan, terus klik link di bawah …..

Join komuniti business saya

Leave a Comment