
Minggu depan, dari 11 hingga 16 Februari, saya akan ke Korea. Perasaan ni… sukar digambarkan. Saya dan team akan melawat HQ Atomy, dan sepanjang perjalanan ni, saya rasa macam saya baru sedar betapa keputusan kecil boleh ubah banyak perkara.
Pada 31 Ogos 2024, saya rejoin Atomy. Ya, ini kali kedua saya join. Saya pernah join sebelum ni pada tahun 2019, tapi masa tu saya tak betul-betul faham atau mungkin terlalu terburu-buru. Tapi kali ini, saya buat dengan mindset lain. Saya tak kejar hasil cepat. Saya buat dengan tenang, ikut rentak sendiri, dan percaya pada proses.
Dan keputusan kecil tu, tanpa saya sedar, membawa saya dan team ke sesuatu yang lebih besar.
Bermula Dengan Sharing, Tapi Macam-Macam Reaksi Saya Dapat
Saya mulakan dengan berkongsi tentang Atomy kepada kenalan. Saya cerita tentang produk yang saya guna, platform e-commerce Korea yang simple, dan potensi bisnes yang saya nampak.
Ada yang terus teruja. “Seriuslah? Produk ni memang power!”
Tapi ada juga yang senyum sinis. “Bisnes ni susah la, lambat nak nampak duit.”
Dan yang paling biasa saya dengar “Produk Atomy memang terbaik… tapi bisnes ni bukan untuk aku.”
Dari dulu, reaksi macam ni tak mudah buat saya rasa DOWN. Saya tak kisah. Saya sedar tak semua orang akan nampak apa yang saya nampak. Ada yang hanya nak jadi pengguna, ada yang tak yakin, dan itu normal. Umur dah masuk 40an ni lagi lah saya pilih rasa tenang daripada nak berdebat .
Saya teruskan. Sebab saya tahu, selagi saya konsisten, sesuatu akan berubah.
Dari Kerusi Belakang ke Pentas Anugerah
Masa awal-awal saya hadir ke Success Academy, saya duduk kat kerusi belakang. Saya tengok orang lain naik pentas terima anugerah. Dalam hati saya fikir, “Boleh ke aku sampai ke tahap tu?” Tapi, satu perkara yang saya belajar daripada pengalaman hidup sebelum ini, kita tak perlu tahu semua jawapan.
Kita cuma perlu ambil satu langkah kecil. Dan ulang lagi. Dan lagi.
Alhamdulillah saya berjaya yang naik pentas Success Academy pada Oktober 2024. Dan yang paling puas hati bila Team saya pula ikut naik pentas Success Academy pada Disember 2024. Dan sekarang? Kami semua ke Korea. Bukan sebab kami hebat. Tapi sebab kami percaya bahawa langkah kecil tu penting, walaupun orang lain tak nampak hasilnya lagi.

Macam Berjalan Dalam Terowong Gelap
Perjalanan ni tak mudah. Ada masa saya rasa nak berhenti. Ada cabaran kewangan. Ada masa saya rasa masa tak cukup. Tapi setiap kali saya nak give up, saya bayangkan macam berjalan dalam terowong yang gelap.
Depan saya, cahaya kecil je. Tapi saya tahu, selagi saya terus melangkah, cahaya tu akan makin besar. Kalau saya berhenti, saya takkan pernah sampai. Tapi kalau saya teruskan walaupun perlahan, lambat laun cahaya di hujung tu akan jelas.
Bisnes Atomy Ni Rileks, Tapi Tak Bermakna Lambat
Saya pernah buat bisnes lain yang penuh tekanan. Tapi Atomy berbeza. Ia tak paksa saya berubah atau kejar target gila-gila. Saya boleh buat ikut rentak saya. Nak laju-laju, boleh. Nak rileks-rileks, pun boleh.
Ada orang tanya saya, “Macam mana kau boleh tenang buat Atomy?”
Saya jawab, “Sebab ia tak bertembung dengan apa-apa yang saya buat.” Bila saya sibuk dengan perkara lain, Atomy tetap ada. Ia berkembang perlahan, tapi konsisten.
Dan ya, saya tahu ada orang yang nak hasil cepat. Tapi saya percaya pada langkah kecil. Perlahan tak bermakna gagal. Ia bermakna kita sedang bina sesuatu yang bertahan lama.

TRIP KE HQ ATOMY, Korea
Saya tak tahu apa yang menanti di sana nanti. Tapi saya tahu satu perkara, ini adalah satu lagi permulaan baru. Saya nak gunakan perjalanan ini untuk bantu lebih ramai orang. Saya nak bantu team saya dan sesiapa yang nak berkembang di Atomy.
Saya harap, anda pun nampak apa yang saya nampak, setiap keputusan kecil yang anda buat hari ini boleh bawa anda ke tempat yang anda tak pernah bayangkan.
Kadang-kadang, kita tak perlu nampak seluruh perjalanan. Kita cuma perlu ambil satu langkah kecil. Percaya pada diri sendiri. Dan teruskan melangkah.
Jadi, apa langkah kecil anda hari ini? Sebab langkah kecil tu mungkin cahaya pertama yang akan bawa anda ke sesuatu yang lebih besar.