Kenapa Kita Harus Berubah?

Apa yang anda rasa bila hari demi hari berlalu dengan beban yang sama — kepenatan, minda penuh dengan to-do list, dan tubuh yang letih?

Suara hati berbisik “Adakah ini yang aku inginkan?”

Minda anda segera membalas “ahh ! aku tiada masa untuk fikirkan semua itu”

Kita sering terperangkap dalam kesibukkan harian dan kehilangan perspektif mengenai apa yang benar-benar penting.

Rasa tertekan, keletihan, dan kebimbangan kewangan adalah isyarat bahawa kita perlu berfikir tentang masa depan kita dan bagaimana kita boleh mencapai keseimbangan yang lebih baik.

Berikan ruang untuk anda mendengar suara hati anda , seperti anda mendengar luahan orang yang anda sayang.

Apa yang benar-benar memotivasi anda?

Adakah ia melihat keluarga anda gembira? 

Adakah ia mendapatkan masa untuk diri sendiri tanpa rasa bersalah?

Atau adakah ia mencari kestabilan kewangan yang membolehkan anda fokus pada perkara-perkara yang penting dalam hidup?

Saya percaya setiap orang berhak untuk mencapai keseimbangan ini.

Dan dengan memahami “Kenapa” kita berbuat apa yang kita lakukan, kita boleh menemui “Apa” dan “Bagaimana” yang akan membawa kita lebih dekat kepada kehidupan yang kita impikan.

 

Leave a Comment