KENAPA MOTIVASI BISNES MAKIN DOWN

Selalunya kita memang bersemangat bila nak buat perkara baru.

Tapi bila ia sudah menjadi rutin, makin lama anda semakin bosan.

Tak ada idea baru yang dikeluarkan lagi.

Pelanggan memanglah sering whatsapp anda untuk beli produk anda setiap bulan, yang menjadi tanda tanya, sampai bila ia akan jadi begini?

Persaingan di media sosial sebenarnya terlampau tinggi.

Boleh kata kalau anda tidak dapat menonjolkan diri anda, maka anda akan ketinggalan jauh ke belakang!

Jangan pernah salah langkah membiarkan emosi anda memakan diri anda.

Yang penting anda harus jalan kedepan untuk memastikan anda ada idea setiap masa untuk direalisasikan.

Mungkin anda tertanya-tanya kenapa motivasi anda semakin menurun?

Terikat dengan rutin harian yang sama

Bila kita buat perkara yang sama setiap masa, maka kita akan bosan.

Tiada perkara baru untuk kita belajar dan kita tahu setiap dari kita lebih suka bersenang lenang dari bersusah payah.

Cabar diri anda untuk buat perkara baru. Ingat, masa tidak akan menunggu anda.

Andalah yang harus mengejar masa untuk meningkatkan skill anda. 

Suasana kerja yang tidak ideal

Persekitaran dan konsep serta ruang kerja yang tidak berubah membuatkan anda tidak dapat idea baru.

Cuba ubah konsep ruang kerja anda supaya lebih selesa dan persekitaran kerja yang lebih makeover.

Ia akan membuatkan mood anda kembali bercambah!

Tidak bina kenalan baharu

Sertailah kelas-kelas bisnes yang murah di luar sana untuk membina motivasi anda dengan mengenali rakan networking baru.

Kemungkinan anda terlampau bosan akibat bekerja dengan orang yang sama.

Sesetengah usahawan akan menjadi pesaing anda, itu memang tidak dapat dielakkan.

Namun sekurang-kurangnya, adrenalin untuk anda menjadi lebih baik akan meningkat!

Ini adalah sedikit point yang diharap dapat membantu anda untuk terus kekal konsisten dalam perniagaan.

Berniaga ini tiada satu jalan yang tepat atau betul pun.

Sebab setiap orang mempunyai cara yang sangat berbeza untuk berjaya.

Leave a Comment

0 Shares
Tweet
Share
Pin