Kenapa Ramai Gagal Dalam Atomy, Realiti & Bagaimana Nak berjaya

K

Bila saya mula-mula join dalam Atomy, memang macam-macam yang bermain di fikiran. Bisnes ini nampak ‘wow’ dari luar, tapi bila dah masuk, baru saya sedar ada cabaran besar yang ramai tak beritahu awal-awal.

Jadi, kalau anda baru mula atau tengah fikir nak masuk, ambil masa sekejap untuk baca ni. Anggaplah ini sebagai nasihat ikhlas daripada saya – apa yang saya dah belajar sendiri, dan tips untuk elak buat kesilapan yang sama.

1. Persepsi Negatif Terhadap MLM

Sebenarnya, bila orang dengar MLM saja, terus dia jadi skeptikal. Semua terus ingat cerita scam. Saya faham, sebab pernah juga di tanya, “Benda ni betul ke, bukan scam ke?”

Kalau nak tahu, ini memang ujian pertama bila buat Atomy. Realitinya, Atomy bukan tentang ‘mimpi jadi jutawan segera’ tapi pasal produk dan peluang jadi pengguna bijak – prosumer.

Kuncinya, jangan cepat putus asa dan jangan ambil hati sangat – jawab saja dengan tenang dan jelaskan apa sebenarnya yang Atomy buat. Kalau kita sendiri yakin, orang lain pun akan rasa yakin.

2. Komitmen dan Konsistensi – Pahit Tapi Manis di Akhirnya

Inilah dia ‘rahsia’ yang ramai tak suka dengar. Ramai orang masuk Atomy, dan anggap hasilnya akan segera macam makan mi segera – panaskan air, siap! Tapi realiti bisnes ini macam masak rendang – kena sabar, kalau tak, memang tak jadi. Saya pernah rasa nak putus asa sebab tak nampak hasil, tapi kunci dia konsistensi.

Setiap hari, buat satu benda kecil untuk maju ke depan. Dalam bisnes macam ni, yang berjaya ialah mereka yang sanggup bertahan sampai ke akhir. Macam orang kata, “Empayar Rom tak dibina dalam sehari.”

3. Fahamkan Tentang Produk Betul-betul – Jangan “Goreng Sampai Hangus‘’

Bayangkan jual benda yang kita sendiri tak tahu apa manfaatnya – macam anda jual bonsai tapi tak tahu pokok apa. Sama juga dalam Atomy, kalau tak betul-betul faham produk, memang susah nak yakinkan orang lain.

Produk Atomy mempunyai kualiti yang tinggi, berkesan tapi kita kena rajin untuk faham setiap satu. Saya belajar bahawa bila kita betul-betul tahu manfaat produk dan cara penggunaannya, orang akan lebih percaya dan kita akan lebih senang buat jualan.

4. Teamwork – Ini Bukan Tentang Jualan Peribadi

Dalam Atomy, kejayaan bukan sekadar jualan peribadi, tapi membina team yang komited. Kalau anda rajin daftar member baru, hanya untuk tambah bilangan orang dalam team anda , tanpa niat nak bantu mereka berkembang, kita sendiri yang akan rasa beban nanti.

Anggaplah mereka macam satu keluarga – kita bantu mereka, mereka bantu kita. Bila saya mula kenal ahli team dengan lebih mendalam, beri panduan dan motivasi, saya nampak hasilnya. Setiap kali mereka berjaya, kita pun rasa seronok dan naik ke level seterusnya.

5. Strategi dan Nilai – Jangan Jual “Mimpi”, Jual Solusi

Orang yang berjaya dalam Atomy bukan sebab mereka pandai buat duit cepat, tapi sebab mereka tahu cara bantu orang lain. Jangan terlalu fokus pada keuntungan, sebaliknya, fikirkan bagaimana produk ini boleh bantu orang lain. Fokus pada jual solusi, bukan hanya produk semata-mata. Bila kita beri nilai sebenar, pelanggan pun akan setia dengan kita.

Kesimpulan

Kalau anda ada niat yang betul, sabar, dan bersedia untuk konsisten, kejayaan itu pasti datang. Saya belajar banyak dari cabaran-cabaran ini, dan kalau ada satu nasihat yang saya boleh bagi: nikmati prosesnya, sebab setiap langkah ke depan akan bawa anda semakin dekat dengan matlamat.

Dah masuk umur 40an, saya suka tanam pokok bonsai

About the author

Add Comment

By Sofar

Tentang Sofar Ahmad?

Apa yang saya kongsi di blog ini datang dari pengalaman sendiri — ada yang menjadi, ada yang tidak ! . Saya percaya kita semua ada potensi masing-masing, cuma kadang-kadang perlu sedikit panduan untuk nampak lebih jelas. Saya bukanlah pakar motivasi, tapi kalau ada apa yang saya lalui boleh beri manfaat pada orang lain, saya rasa itu dah cukup bermakna.

Apa Yang Saya Lakukan Sekarang?

klik link ini : https://shorturl.at/nVWAs