Nak Simpan Emas Jangan Sampai Kena Tipu

Tak pernah lagi kita dengar atau terbaca mereka yang menyimpan emas dalam skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan tetap setiap bulan dan lumayan bertahan sehingga sekarang.

Tapi agen yang menawarkan skim pelaburan simpanan emas tersebut dah kaya raya dan lesap dari pandangan mata. 

Mungkin ianya menguntungkan sementara sahaja tapi ia tidak kekal lama . 

Akhirnya duit hangus , simpanan hilang , yang bertambah hanya bebanan.

Kalau anda mula bercadang nak menyimpan emas!

Anda mungkin akan mendengar pendapat dan pujukan yang akan mengatakan simpanan emas cara biasa seperti “ada duit beli dan simpan emas, harga naik jual emas, kemudian beli semula” ianya memberikan pulangan yang lambat. 

Lebih baik melabur emas dalam platform yang boleh pulangan yang tetap seperti 10%-30% setiap bulan. 

Berhati-hatilah menerima pendapat sebegini , sebab akhirnya anda yang akan menanggung akibatnya nanti.

Ramai yang dah terkena dalam bentuk pelaburan simpanan emas sebegini tetapi masih ramai juga yang belum serik. 

Agak pelik hampir setiap tahun ada sahaja laporan mengenai penipuan scam pelaburan simpanan emas ini, apakah ini masih belum cukup untuk meyakinkan kita bahawa emas tidak boleh memberikan keuntungan yang tetap sebab harga emas naik dan turun .

Harga emas di pengaruhi oleh faktor ekonomi dunia. 

Mana mungkin boleh mendapat keuntungan konsisten setiap bulan.

Kedai emas pun belum tentu untung setiap bulan !

Nasihat saya , jangan sesekali terlibat dengan pelaburan simpanan emas begini . 

Anda  bukan sahaja risiko kehilangan duit tetapi juga akan kehilangan kepercayaan dari orang lain. 

Ini akan lebih pedih jika niat anda sekadar berkongsi peluang yang anda rasakan bagus tetapi melingkup dan anda pula di  di tuduh sebagai Scammer. 

Selain yang menawarkan pelaburan simpanan emas yang menjanjikan pulangan tetap dan tinggi setiap bulan , ada pula yang licik menawarkan harga emas rendah berbanding harga dalam pasaran. 

Ramai mula teruja dengan tawaran ini tanpa siasat betul atau tidak dengan harga yang di tawarkan tak masuk akal. 

Berhati hatilah ! 

Baca iklan / tawaran online boleh !

Tapi jangan terlalu mudah dan percaya transfer duit ke akaun bank yang anda baru kenal. 

Kalau setakat bagi gambar emas dan alamat kedai emas , ianya terlalu mudah bagi mereka yang licik dengan modus operandi penipuan sebegini.

Tak rugi pun kalau anda ambil lebih masa untuk siasat samada tawaran yang di berikan betul atau tidak. 

Kalau anda serius nak mula menyimpan emas dengan tenang , pilihlah platform yang patuh syariah dan selamat. 

Saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana saya memulakan simpanan emas di Quantum Metal sejak 2 tahun yang lepas sehingga sekarang. 

Alhamdulillah rasa selamat dan meyakinkan.

Itupun selepas saya berpuashati menilai 3 perkara penting untuk diri saya selain daripada menerima pandangan yang telah di kongsikan oleh seorang rakan semasa saya bercuti di Kota Bharu (sebelum lockdown) mengenai kelebihan akaun simpanan emas Quantum Metal;

1) Kajian Ringkas – saya mencari maklumat di Google dan ini yang saya jumpa beberapa fakta penting.

Syarikat Quantum Metal telah mula beroperasi sejak tahun 2012 

Ibupejabat Quantum Metal terletak di Penang BLK 1-04-01 E-GATE, LEBUH TUNKU KUDIN 2, GELUGOR, 11700 PENANG, MALAYSIA 

Dan telah mempunyai beberapa cawangan di dalam dan luar negara 

Website Rasmi : www.quantummetal.com.my 

Quantum Metal merupakan pembekal emas dan sistem kepada Bank Muamalat . 

Kalau pihak Bank Muamalat pun boleh memberikan kepercayaan Quantum Metal dalam urusniaganya , pada saya ini sangat menarik dan selamat bagi saya menyimpan emas.

Terbukti pada saya bahawa Quantum Metal bukan syarikat scam !  

PENGERUSI MyAngkasa Amanah Datuk  Abdul Fattah yang juga Presiden ACO, menyatakan  ACO memilih bekerjasama dengan Quantum Metal kerana ia adalah syarikat kukuh pengedar emas.

Quantum Metal merupakan Pengedar Eksklusif Perth Mint

https://www.perthmint.com/customer-care/find-a-distributor/bullion-distributors/asia/#

Saya tak rasa pihak Perth Mint akan melantik syarikat scam sebagai pengedar eksklusif mereka.

Ia boleh mencemar reputasi Perth Mint sebagai pembekal emas terkenal di dunia.

Quantum Metal merupakan juga rakan niaga kepada Ar Rahnu Tekun Nasional

Pengeluaran Emas Fizikal boleh di lakukan di Arrahnu Tekun Nasional di seluruh Malaysia .

Quantum Metal menawarkan emas fizikal seperti Dinar & Goldbar ( 1g , 5g , 10g , 20g , 50g , 100g , 1oz & 1 kilo )

Tak perlu risau jika tidak berkesempatan pergi ke cawangan ar rahnu tekun nasional sebab Quantum Metal boleh menghantar terus emas fizikal tersebut terus ke rumah anda.

Alhamdulillah saya telah beberapa kali menerima emas fizikal dengan selamat.

Sebelum pihak Quantum Metal hantar emas fizikal anda ke rumah, customer support akan menghubungi anda dahulu untuk pengesahan alamat dan tarikh penghantaran.

2) Patuh Syariah – ini sangat penting , sebab saya nak pastikan simpanan emas saya tidak bercampur dengan unsur riba dan urusannya jelas.

Quantum Metal di siaran TV Alhijrah rancangan Tijarah

Dengan penglibatan ISRA sebagai Penasihat Syariah , Quantum Metal tidak terlibat dengan aktiviti seperti Money Loundering.

Segala transaksi jual beli emas berlaku pada waktu yang sama & patuh syariah.

Sijil Patuh Syariah daripada RAQABA LLC Shari’a Audit & Islamic Financial Advisory

Quantum Metal mendapat pengiktirafan patuh syariah di peringkat antarabangsa , negara luar juga menerima produk simpanan emas patuh syariah dari Quantum Metal .

Bagi saya ini menunjukkan Quantum Metal bukan sahaja di terima di Malaysia malah di peringkat antarabangsa juga.

3) Harga Emas – Bila saya beli emas, saya suka lihat berapakah harga belian semula selain Quantum Metal menawarkan harga jualan emas yang lebih rendah berbanding dengan pesaingnya.

Harga belian semula pada harga spot LME.

Anda boleh jual emas anda semula kepada Quantum Metal secara online 24/7

Quantum Metal bayar terus ke akaun bank anda yang di daftarkan.

Belian semula tiada markdown.

Kalau anda pernah menjual emas , rasanya anda memahami apa yg saya tulis ini…

Jangan biarkan diri kita menjadi mangsa penipuan pelaburan simpanan emas.

SHARE info ini dengan famili dan rakan rakan anda.

Diluar sana ada sahaja yang menunggu untuk mengambil kesempatan keatas ketamakkan manusia yang ingin untung cepat dan mudah.

Jika anda ingin menyimpan emas di Quantum Metal seperti saya , kajilah dahulu.

Memang tanggungjawab masing-masing untuk ambil tahu apa yang patut.

Saya dulu pun begitu juga.

Zaman sekarang ini anda boleh dapat info secara online ~ semuanya di hujung jari.

1 thought on “Nak Simpan Emas Jangan Sampai Kena Tipu”

Leave a Comment

0 Shares
Tweet
Share
Pin