Nice Person vs Kind Person – Apa Bezanya?
Kalau nak ringkas, beza Nice Person dengan Kind Person ialah niat dan tindakan. Satu buat sebab nak jaga hati atau imej, satu lagi sebab betul-betul ikhlass nak bantu.
Nice Person
Fokus Pada Apa Orang Fikir
Nice Person ni selalu buat benda sebab nak nampak baik depan orang lain. Mereka takut kalau orang tak suka atau kecewa.
Jadi, mereka sanggup setuju atau buat apa saja untuk elak konflik.
Contoh: Orang minta tolong, dia kata “boleh” walaupun sebenarnya dia tengah sibuk atau tak mampu. Sebab? Tak nak orang kecil hati.
Kurang Ikhlas
Kadang-kadang, apa yang mereka buat bukan sebab ikhlas sangat pun. Lebih kepada nak jaga hubungan atau takut kena cop tak baik.
Elak Konfrontasi
Nice Person ni lebih suka main selamat. Tak nak gaduh, tak nak orang marah. Jadi mereka sanggup pendam atau korbankan kehendak sendiri.
Kind Person
Fokus Pada Apa Yang Betul
Kind Person tak kisah apa orang fikir. Mereka buat sesuatu sebab mereka tahu itu betul, bukan sebab nak dapat pujian atau nampak baik.
Contoh: Tolong kawan sebab nak bantu, bukan sebab nak dipuji orang lain.
Berani Tegas
Kind Person tak takut nak kata “tidak” kalau perlu. Mereka tahu kadang-kadang kebaikan sebenar bukanlah dengan mengiyakan semua benda.
Tegur dengan Niat Membantu
Kind Person ni berani tegur salah kalau itu akan buat orang tu jadi lebih baik. Walaupun teguran tu mungkin pahit, mereka buat sebab sayang, bukan sebab nak tunjuk pandai.
Kesimpulan
Nice person: Jaga imej, takut orang tak suka.
Kind person: Jaga nilai, buat apa yang betul.
Kadang-kadang, kita kena pilih untuk jadi kind daripada nice. Sebab Kind Person lebih ikhlas, lebih kuat, dan lebih bermakna.
Mungkin tak semua orang suka kita, tapi orang yang betul-betul faham, mereka akan hormat.
Komen lah apa pandangan anda pula