PENGALAMAN SAYA DENGAN HEMOHIM

P

Badan kita ni macam bateri. Bila muda, bateri sentiasa penuh — Semangat tinggi, badan bertenaga. Tapi bila umur meningkat, caj bateri mula susut. Bangun pagi rasa separuh tenaga. Petang dah mula lesu, malam pula susah tidur sebab badan rasa lenguh lenguh. Saya pun mula rasa perkara yang sama.

Terus terang, masa saya mula join Atomy, HEMOHIM bukan produk yang saya nak cuba. Saya lebih tertarik dengan produk seperti Jus Noni, Probiotik Plus, Vitamin C, dan Puer Tea ; produk yang rasa sedap dan mudah untuk diamalkan.

Tapi ada perkara yang telah mengubah persepsi saya tentang Hemohim

Kenapa Kawan-Kawan Saya Tak Henti-Henti Puji HEMOHIM ini Bagus ?

Kawan-kawan yang join Atomy bersama saya mula bercakap tentang HEMOHIM.

“Lepas cuba HEMOHIM, badan aku rasa lebih steady.”

“Aku jarang kena selesema sekarang.”

“Kalau kau tak cuba, rugi!”

“Founder Atomy pun minum Hemohim , takkan kau rasa tak cukup bagus Hemohim ni?”

Apa yang buat saya terkejut, saya ni pula tak giler giler bagi info tentang  HEMOHIM dekat mereka . Saya takut mereka cakap saya ni nak menjual produk untuk dapat bonus Atomy. Tapi bagusnya mereka ini boleh dapat info dari channel rasmi Atomy, YouTube, dan sharing upline. Mereka cuba sendiri.

Dan bila nampak hasil yang bagus, mereka pula yang kongsi dengan saya.

Itu buat saya terfikir: “Apa sebenarnya HEMOHIM ni? Kenapa ramai suka?”

Kenapa Dinamakan HEMOHIM?

Nama HEMOHIM ada sebabnya. Ia gabungan dua elemen utama:

1. HEMO: Merujuk kepada darah (hemoglobin), sebab produk ini bekerja dari akar tubuh — darah.

2. HIM: Bermaksud Hematopoietic Immunity Modulator, iaitu modulasi imuniti melalui pembentukan sel darah.

Dalam bahasa mudah, HEMOHIM membantu tubuh menghasilkan sel darah yang sihat dan memperkuatkan imuniti, menjadikannya asas kepada kesihatan tubuh.

Apa yang Membuatkan HEMOHIM Istimewa?

Selepas saya mula cari info, saya dapati HEMOHIM bukan sekadar suplemen biasa. Ia dihasilkan daripada gabungan bahan semulajadi yang unik:

1. Angelica Radix (Akar Dong Quai):

• Membantu melancarkan peredaran darah.

• Melindungi sel tubuh daripada tekanan oksidatif.

2. Cynanchum Wilfordii:

• Mengurangkan keradangan dan stres tubuh.

• Menyokong keseimbangan hormon dan memperlahankan proses penuaan.

3. Paeonia Japonica:

• Kaya dengan antioksidan untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas.

Gabungan bahan ini menjadikan HEMOHIM bukan sekadar makanan tambahan, tetapi penyokong utama kesihatan tubuh.

Kisah Saintis dan Asal-Usul HEMOHIM

HEMOHIM lahir daripada krisis sebenar. Pada tahun 1997, saintis di Institut Penyelidikan Tenaga Atom Korea (KAERI) menghadapi risiko kesihatan akibat radiasi tinggi.

Mereka memerlukan sesuatu untuk melindungi tubuh daripada kerosakan sel dan pada masa yang sama memperkuatkan sistem imun mereka. Selepas 8 tahun penyelidikan mendalam, mereka mencipta formula HEMOHIM yang terbukti membantu:

Merangsang sistem imun.

Melindungi sel tubuh daripada kerosakan.

Memberi tenaga tambahan.

Kini, HEMOHIM telah diiktiraf dengan paten antarabangsa dan digunakan oleh ramai untuk menjaga kesihatan menyeluruh.

Radiasi Bukan untuk Saintis Saja: Kita Semua Terjejas

Jangan fikir radiasi hanya masalah saintis atau pekerja nuklear. Kita semua terdedah kepada radiasi dalam kehidupan seharian. Walaupun jumlahnya kecil, kesan jangka panjangnya boleh melemahkan tubuh kita.

Contohnya:

1. Telefon Pintar dan Komputer:

• Gelombang elektromagnetik yang dipancarkan oleh telefon pintar dan Wi-Fi memberikan radiasi rendah tetapi berterusan.

2. Cahaya Matahari:

• Sinar UV adalah radiasi yang boleh merosakkan kulit, menyebabkan penuaan awal, dan meningkatkan risiko kanser kulit.

3. Makanan dan Udara Tercemar:

• Toksin dalam makanan dan udara di kawasan bandar boleh mengandungi radiasi kecil tetapi memberi tekanan kepada tubuh kita.

4. Perubatan:

• X-ray dan rawatan seperti CT scan menggunakan radiasi untuk diagnosis.

Walaupun tahap radiasi harian tidak setinggi saintis nuklear, pendedahan berterusan akan melemahkan imuniti dan mempercepatkan penuaan.

HEMOHIM direka untuk membantu tubuh melawan ancaman ini.

Kisah kenapa Founder Atomy Percaya HEMOHIM?

Kisah pengasas Atomy, Park Han-Gill, adalah bukti kekuatan HEMOHIM. Sebelum menubuhkan Atomy, beliau menghadapi krisis kesihatan yang besar.

Beliau diisytiharkan muflis selepas perniagaan gagal. Akibat tekanan, beliau didiagnosis dengan kanser hati tahap 4 dan diabetes. Dalam keadaan tiada pilihan, seorang rakan mencadangkan HEMOHIM.

Beliau mula mengamalkannya secara konsisten, dan perlahan-lahan, kesihatannya kembali pulih. Pengalaman ini menjadi titik tolak beliau untuk menubuhkan Atomy pada tahun 2009, dengan HEMOHIM sebagai produk utama syarikat.

Pengalaman Saya Selepas 3 Minggu dengan HEMOHIM

Selepas mendengar pengalaman kawan-kawan dan membaca info tentang HEMOHIM, saya akhirnya buat keputusan untuk mencuba. Saya mulakan dengan 1 sachet setiap pagi selepas sarapan & selepas makan malam 

Apa yang berlaku selepas 3 minggu?

Tenaga lebih stabil: Saya tak lagi rasa lesu tengah hari.

Tidur lebih lena: Bangun pagi rasa macam bateri baru lepas caj penuh.

Imuniti lebih kuat: Selesema yang sering menyerang? Kini jarang sekali berlaku. 

Yang paling penting, saya rasa lebih yakin dan bertenaga menjalani hari tanpa rasa keletihan.

FAQ: Apa yang Anda Nak Tahu Tentang HEMOHIM?

Q: Siapa yang sesuai mengambil HEMOHIM?

A: HEMOHIM sesuai untuk semua orang dewasa, terutama mereka yang sering letih, mudah jatuh sakit, atau mahu menjaga kesihatan jangka panjang.

Q: Kalau saya sihat sekarang, perlu ke saya ambil HEMOHIM?

A: Perlu. Ia seperti insurans kesihatan. Jangan tunggu sakit baru nak bertindak—jaga kesihatan sebelum masalah datang.

Q: Berapa lama kesan HEMOHIM dapat dirasai?

A: Biasanya, kesan dapat dirasai dalam tempoh 1-2 bulan jika digunakan secara konsisten.

Bantu Diri dan Orang Tersayang dengan HEMOHIM

Bila kali terakhir anda rasa badan anda bertenaga penuh sepanjang hari? Jangan tunggu sehingga badan anda ‘lembik’ baru nak bertindak.

Kalau anda kenal sesiapa—ahli keluarga, rakan, atau orang tersayang—yang selalu rasa letih atau mudah jatuh sakit, menghidapi penyakit kronik, rekemen HEMOHIM kepada mereka. Atau, cuba sendiri dan alami perbezaannya.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut atau untuk mencuba HEMOHIM sekarang.

About the author

Add Comment

By Sofar

Tentang Sofar Ahmad?

Apa yang saya kongsi di blog ini datang dari pengalaman sendiri — ada yang menjadi, ada yang tidak ! . Saya percaya kita semua ada potensi masing-masing, cuma kadang-kadang perlu sedikit panduan untuk nampak lebih jelas. Saya bukanlah pakar motivasi, tapi kalau ada apa yang saya lalui boleh beri manfaat pada orang lain, saya rasa itu dah cukup bermakna.

Apa Yang Saya Lakukan Sekarang?

klik link ini : https://shorturl.at/nVWAs