Takut Nak Berjaya Atau Takut GAGAL?

Semakin lama saya berada dalam dunia perniagaan ini, dan semakin ramai orang yang saya berurusan, saya mula menyedari bahawa kebanyakkan orang tidak takut gagal, mereka takut nak berjaya.

Disitulah ketakutan sebenarnya.

Gagal ?

Sangat mudah dan di terima (soal lambat atau cepat itu lain) kerana tidak ada yang berubah.

Anda telah mencuba…

Dan sekarang anda kembali kepada kehidupan seperti sebelumnya.

Anda hanya boleh mengatakan ”aku telah mencubanya tapi tak berjaya ….”

Orang takut berjaya kerana kejayaan jauh lebih kompleks (dan menakutkan) daripada kegagalan

Berjaya ?

Bermakna anda akan ada lebih banyak tanggungjawab

Anda akan lebih di hormati dan pendapat anda mudah di terima

Rakan-rakan anda mungkin berubah

Ada tekanan untuk terus menjadi lebih baik, anda harus menampakkan penampilan diri yang berbeza, berkongsi kisah kejayaan anda kepada orang lain, tidak boleh kedekut dari segi idea dan material

Anda harus meluangkan masa dengan banyak orang ( pelanggan anda ) …

Dan lain-lain lagi.

Bila saya berbual dengan kenalan baru, kebanyakkan mereka lebih suka “idea” kejayaan itu lebih daripada ingin mencapainya ….

Saya telah melihat lebih daripada sebilangan rakan-rakan saya yang telah berjaya menghasilkan keuntungan yang cukup baik dan mereka telah sampai ke tahap tertentu ….

Kemudian mereka takut untuk meneruskan kerana adanya cabaran dan mereka akhirnya berhenti.

Nampak seperti mereka gagal, tetapi bukannya gagal – mereka berhenti berjaya.

Malangnya ada yang tidak menyedari bahawa mereka mempunyai “KETAKUTAN” ini dan hanya menganggap mereka telah di takdirkan untuk gagal berulang kali.

Adakah anda takut nak BERJAYA ?

Sekiranya anda tergolong diantara senarai di bawah, anda mungkin menjadi orang yang takut berjaya ;

1. Anda bercakap tentang apa yang akan anda lakukan lebih daripada apa yang sebenarnya anda lakukan.

2. Anda bekerja tanpa lelah menyiapkan beberapa projek / tugasan sekaligus, tanpa menumpukan kualiti hasil kerja sendiri.

3. Anda masih mempunyai matlamat yang sama dalam senarai anda yang berada di lima tahun yang lalu.

4. Anda tidak yakin dengan diri sendiri.

5. Belum mempunyai SEBAB kenapa anda harus berjaya.

Adakah ini anda ?

sila komen di bawah ….

Leave a Comment