Tips Kewangan Untuk Orang Muda

Kebiasaannya wang yang ada di habiskan dengan sekelip mata namun tidak semua begitu, masih terdapat golongan muda yang masih berhemah dalam pengurusan kewangan mereka, dan di bawah adalah bagaimana cara untuk anda golongan muda bagi menguruskan kewangan dengan betul.

Berazam untuk menunaikan impian anda

“My Dream Board” atau di panggil Papan Impian Saya, kebiasaannya orang akan hanya menyebut atau menulis segala yang diazamkan dan diimpikan.

Kali ini kita buat sedikit inovasi.

Selain menulis, lekatkan gambar-gambar untuk setiap impian anda. 

Contohnya, jika anda inginkan sebuah rumah yang besar, maka gunting gambar rumah besar  daripada keratan majalah dan lekatkannya di Papan Impian anda itu.

Ini bermakna, jika anda punyai 5 impian  yang ingin dicapai sepanjang tahun 2021.

Anda akan mempunyai 5 keratan gambar yang akan  mengilustrasikan kenyataan anda.

Tujuan menggunakan kombinasi gambar dan tulisan adalah untuk membuatkan anda lebih nampak dan jelas apa yang anda ingin capai,

Ia sangat berkesan untuk memberikan anda sesuatu yang positif untuk anda berusaha mencapai kearahnya.

Mulakan ini segera sebagai jalan pertama bagi anda untuk mencapai impian anda dan dalam masa sama anda dapat menguruskan kewangan dengan betul.

Melangsaikan pinjaman pelajaran lebih awal

Pinjaman pelajaran pada amnya dikenakan caj kadar faedah dari 1% hingga 3% setahun.

Alangkah baiknya jika anda dapat melangsaikan sejumlah pinjaman dan menukarkan kadar faedah ini kepada simpanan. 

Ini bermakna sekiranya anda membayar sejumlah besar pinjaman pelajaran, maka anda boleh mula membuat simpanan dengan segera.

Berbanding jika anda membayar sedikit demi sedikit dan menjadikan ia sebagai pembayaran tetap bulanan.

Jangan berlengah untuk melangsaikan baki pinjaman pelajaran anda.

Menyimpan satu per lima daripada pendapatan anda

Memperuntukkan RM20 daripada RM100 yang diperoleh ke dalam simpanan di bank.

Anda mungkin beranggapan simpanan satu per lima terlalu banyak dan sukar untuk dilaksanakan.

Hal ini tidak mustahil !

Sekiranya anda benar-benar berazam untuk melakukannya dengan mnyerapkan displin kedalam diri anda.

Simpanan adalah langkah terbaik untuk anda berhadapan dan melalui tempoh-tempoh sukar seperti diberhentikan kerja, menanggung kos perubatan sekiranya anda menghidap penyakit kronik dan sebagainya.

Anda juga membuat simpanan untuk mengumpulkan dana bagi memulakan perniagaan.

Menarik bukan?

Memang benar, menyimpan wang satu per lima daripada pendapatan setiap bulan berkemungkinan anda telah mengorbankan kegemaran anda pada masa sekarang, tetapi ia adalah salah satu langkah untuk anda menghampiri matlamat akhir jaminan kewangan anda pada masa hadapan.

Dan ini adalah yang sangat terbaik bagi anda golongan muda untuk mendapat kehidupan yang lebih selesa di masa akan datang.

Dalam merancang kewangan, kita harus bertanya kepada diri sendiri tentang harapan, masa depan dan matlamat kita.

Sebagai contoh, proses kehidupan yang kita akan lalui termasuk membeli rumah, membeli kereta, berkahwin, pendidikan anak, melancong dan bersara.

Melalui perancangan kewangan kita dapat mengenal pasti cara-cara membuat belanjawan, menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh masa yang tertentu.

Sekiranya kita merancang kewangan dengan cekap kita akan merasakan bahawa kita berupaya untuk mengawal kewangan kita dan memastikan kita akan berbelanja mengikut kemampuan yang sebenar.

Kita dapat mencapai matlamat hidup bukan sahaja untuk diri kita sendiri tetapi juga untuk keluarga.

Maka dengan membuat perancangan kewangan, kita akan menyedari akan keperluan masa kini dan masa hadapan,semoga bermanfaat.

Leave a Comment